Friday, November 23, 2007

Sambutan Pelbagai Perayaan

Saya dan Ann akan membawa Ravindran, Kumaresan, Kanaga, Suganraj dan Helsamveni menyertai acara ini esok petang.
Zulhijjah dan Aiman tidak dapat turut serta kerana demam campak.
Pelajar-pelajar lain bercuti sakan bersama keluarga.
Sambutan perayaan Krismas adalah siri keempat dalam pemahaman tentang pelbagai perayaan, bermula dengan pesta tanglung, Hari Raya Aidilfitri dan Deepavali.
Pembangunan komuniti dalam talian ini akan disambung pada Januari 2008 setelah Ann kembali dari UK dan kami berbincang dengan rakankongsi yang sesuai untuk halatuju seterusnya.
Juga memohon dana, contohnya daripada 'rising voices', serta tajaan daripada dermawan dan korporat tempatan.
Setakat ini, para pelajar telah menguasai tahap awal dalam kemahiran IT dengan membuka akaun e-mel, menggunakan enjin carian dan bermain 'game', iaitu yang paling mereka gemar.
Tahap seterusnya ialah untuk menggalakkan mereka berkongsi pengalaman serta pendapat tentang cara-cara memperbaiki hubungan antara kaum.


No comments: