Friday, November 02, 2007

Selamat datang ke komuniti dalam talian DIVE!

Akhirnya, DIVE berjaya memulakan komuniti dalam talian sebagai wadah untuk para pesertanya berkongsi pengalaman dan pendapat tentang cara-cara untuk memperbaiki perhubungan etnik di kalangan ahli masyarakat.
Projek DIVE (Diversity Team Building) telah diasaskan pada bulan Mei 2007 oleh tiga pensyarah Jabatan Komunikasi Multimedia, Fakulti Sastera dan Sosial, Universiti Tuku Abdul Rahman, kampus Petaling Jaya.
Tujuannya untuk memupuk perpaduan melalui pelbagai kegiatan komuniti di kalangan pelajar pra-remaja di Seksyen 17, Petaling Jaya, Selangor. Ia bermula dengan kem semasa cuti sekolah di dRAM Project, Happy Mansion, Petaling Jaya, pada akhir bulan Mei lalu dan InsyaAllah akan diteruskan pada musim cuti akan datang.
Gambar-gambar peserta akan dipos minggu hadapan.

2 comments:

Melayu Lelaki said...
This comment has been removed by a blog administrator.
BaitiBadarudin said...
This comment has been removed by the author.